ISTIMEWANYA WANITA
1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya,derajatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis karena takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang
membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam
syurga.
6. Barang siapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a.
"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil
akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat
akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang
dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada
Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa
pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah S.A.W "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa sebulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah S.W.T
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T